1. BATU HAKIKAT
Batu
Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang mengelarkan
batu ini sebagai batu badar lumut. ini kerana ia mempunyai sejumlah
tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk. Dikatakan batu ini mempunyai khasiat seperti berikut:
menundukkan musuh, menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit, menghindarkan ganguan makhluk halus, menghilangkan darah gemuruh, serta untuk keselamatan diri
2. BATU PANCA NUR
Batu
Panca Nur atau pancha warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih
dari dua ke lima warna. Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini
iaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan
lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah apabila
dipegang terasa berat dan getarannya. Batu Panca Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti berikut:
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling. - Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
3. BATU LAFADH
BATU
LAFADH adalah berbentuk/ bergambar/ bertulis secara semulajadi padanya
kalimah Allah atau huruf-huruf kalimah . Amat-amat jarang ditemui di
dunia perbatuan. Jika ditemui batu jenis ini, anda perlu berhati-hati
dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang
dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.
4. BATU SERAI
BATU
SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau
pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk
makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk
mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar
dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga,
untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok
serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya
orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu
serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna
merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu. Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.
5. BATU ZAMRUD

Emrald
atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi
ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui
batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual.
Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9.
Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang
dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi. Zamrud
jarang dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling
bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang
harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Emrald atau
zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. Walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran. Pada
masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan
pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai
batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da
keyakinan yang tinggi.
6. BATU BADAR BESI
Batu
badar besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau
istilah sainsnya ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet
padanya, batu tersebut akan bergerak berputar-putar. Masyarakat umum
mengenali batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini
memberi khasiat dan kelebihan yang banyak.
Batu
badar besi mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi
sehingga memiliki warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala
Mohs. Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai didaerahbrazil, mexico, Australia dan amerika yang mana dekat dgn kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu.
Cerita
masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak
sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan
kebal kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi
pemiliknya dari bahaya sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat.
7. BATU KECUBUNG

Amethyst yang
juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu yang berwarna
ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar
dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam
gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk.
Amethyst atau kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. Kecubung
dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno. Kecubung
yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia dan India. Batu
Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan
raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna
ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna
merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu
kebiru-biruan. Batu Kecubung/ Amethyst merupakan birthstone untuk
mereka yang lahir pada bulan Februari. Dimata umum masyarakat,
kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa
mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.
8. DELIMA MERAH

Ruby
atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang
menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala
batu permata atau dikenali sebagai "king of germstone"yang
begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah
amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan
fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya
terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua). Delima
adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala
Mohs. Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma
(sekarang Myammar) kerana kualiti dan
kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima
yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika
selatan, pakistan, Afghanistan, Tanzania dan negara India. Ruby atau delima merupakan birthstone ataupun batu untuk mereka yang lahir pada bulan Julai.
Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara, Delima merah berada
dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari
ancaman jahat termasuk sihir, bagi pembesar atau pemerintah, Ruby
dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan orang ramai patuh
pada pemakainya. Kelebihan Delima merah yang paling masyur dalam
masyarakat melayu ialah kebal umum dan bagi golongan peniaga pula
dikatakan untuk kekayaan. Ruby atau batu delima terbaik adalah dari
negara burma dimana harganya mengikut timbangan karat.